Hai dan Assalamualaikum semua !
Kali ini saya ingin share dengan anda
tentang 5 tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat dan yang penting mudah untuk ditanam.
1. Bunga Telang
Tumbuhan ini adalah bagus untuk penglihatan
mata, sistem penghadaman dan mengurangkan paras gula dalam darah. Cara makannya
adalah dengan memakan 3 kumtum bunga setiap hari.
2. Pokok Bismillah
Tumbuhan ini adalah bagus untuk mengurangkan
tekanan darah tinggi. Bagus diamalkan oleh pesakit darah tinggi. Cara makannya
adalah dengan mengambil 1 helai daun setiap hari direndam dalam air suam.
Setelah sejuk diminum air tersebut.
3. Pokok Semambu
Tumbuhan ini adalah bagus untuk. Cara
makannya adalah dengan mengambil pucuk daun muda semambu untuk dimakan bersama
nasi sebagai ulam. Juga boleh direndam dalam air suam dan apabila sejuk diminum
airnya sebagai teh.
4. Bunga Kertas
Tumbuhan ini adalah bagus untuk merawat
batuk dan kahak individu. Cara makannya adalah ambil 2 kuntum bunga kertas.
Letakkan ia dalam cawan teh yang berisi air suam. Setelah sejuk, air tersebut
diminum untuk menghilangkan rasa ketidakselesaan di tekak selain batuk dan
kahak.
5. Mulberry
Tumbuhan ini adalah bagus diamalkan sebagai
salah satu pemakanan dalam mencegah penyakit kanser. Cara makannya adalah kutip
buah mulberry yang bewarna kehitaman dan dimakan begitu sahaja selepas anda
membasuhnya. Buah mulberry yang sudah masak ini berasa masam manis seperti buah
strawberry. Buah ini mempunyai vitamin B17 yang dipercayai dapat mencegah
penyakit kanser sekiranya selalu dimakan dalam kehidupan sehari-hari.
Selamat mencuba!





No comments:
Post a Comment