Hai Assalamualaikum semua !
Entry pada kali ini saya nak share pasal
proses pembuatan eco-enzyme. Eco-enzyme ini boleh difahami sebagai organic
detergent dan organic fertilizer yang menggunakan bahan-bahan seperti kulit
buah-buahan yang acidic, gula merah dan air yang secukupnya (air hujan pun
boleh digunakan).
Penyediaan :
Sediakan bahan-bahan dan alatan seperti
gambar di atas. Bahan-bahannya adalah seperti yang saya nyatakan tadi manakala
alatan yang diperlukan adalah container cat kosong, container air, bekas pengukur gula merah dan air, bekas
aiskrim dan kayu ( untuk kacau solution diakhir proses nanti).
Proses :
1. Saya dapatkan kulit buah nenas di
kitchen tempat saya bekerja. Staf di dapur akan menyediakan dan meletakkan
kulit buah nenas di container cat kosong selepas mereka memotong kulit buah
nenas pada waktu tengah hari.
2. Kemudian saya letakkan bahan-bahan dan
alatan yang saya kumpulkan setempat di recycle centre memandangkan saya membuat
eco-enzyme disini.
3. Setelah semuanya telah ada, jom mulakan
proses ! Okey, untuk membuat eco-enzyme ini ada formulanya untuk mendapatkan
hasil yang menakjubkan. Pertama sekali, masukkan 3 cup kulit buah, 1 cup gula
merah dan 10 cup air (saya guna air tadahan hujan).
4. Ulangi proses ini sebanyak yang boleh
didalam container anda.
5. Kemudian diakhir sekali kacau solution
eco-enzyme dengan kayu sebelum anda menutup container eco-enzyme selama 3
bulan.
3 bulan kemudian nanti, anda perlu tapis
air tersebut dan letakkan dalam bekas yang sesuai. Air eco-enzyme ini dapat
anda gunakan untuk mengemop lantai dan menyiram pokok bunga dan tumbuhan yang
ada di halaman rumah anda. Anda dapat melihat bahawa hasil tanaman anda tumbuh
subur dan menghijau.
Selamat mencuba!



No comments:
Post a Comment