Permata Cinta Piano Instrument

Saturday, 29 July 2017

Edit gambar guna Canva

Hi dan Assalamualaikum semua !


Entri kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya mengedit gambar menggunakan Canva. 

Untuk menggunakan Canva ini anda perlulah register dahulu. Saya register Canva ini 2 tahun yang lepas ketika menghadiri satu seminar di Langkawi. Pada ketika itu dalam satu slot seminar diajar bagaimana dan apakah kepentingan Canva ini.

Saya mempelajari bagaimana mendapatkan facebook  event cover ntuk diletakkan dalam facebook ketika itu. Masa mula-mula cuba agak lambat dan gelabah juga la memandangkan baru pertama kali mencubanya. Lama kelamaan seronok juga mencuba perkara yang baru.

Selain facebook event cover, terdapat pelbagai jenis custom design yang boleh dicuba iaitu untuk facebook post, social media, poster, presentation, blog graphic, A4 dan card. Saya telah mencuba 3 jenis yang lainnya iaitu facebook post, social media dan poster. 


Lihatlah hasil kerja saya. Menarik atau tidak ?









Selamat mencuba !


Kesian ayam !


Hai dan Assalamualaikum semua !

Entry kali ini saya nak share pasal salah satu kegiatan saya di tempat kerja iaitu menghalau ayam. Ayam-ayam ini kena dihalau masuk reban kalau tidak memang banyak nanti yang akan mati sebab ada banyak anjing dan ular yang berkeliaran.


Jom kita tengok video ini.





Friday, 28 July 2017

Bestnya kawan-kawan di UUM !

Hi dan Assalamualaikum!

Entri kali ini saya ingin kongsikan pada anda tentang pengalaman saya sambung belajar di Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan. Sepanjang saya belajar disini secara pengajian jarak jauh, saya telah mendapat pelbagai kenangan manis.

Saya mempunyai sahabat baik iaitu Seha dan Wan Hazirah. Seha adalah kawan saya yang bekerja di Pejabat Tanah (kerajaan) manakala Wan merupakan seorang suri rumah yang membantu suaminya di tempat kerja. Hal ini kerana suaminya merupakan seorang pengurus di stesyen minyak Petronas di Pendang.

Mereka berdua terutamanya Seha telah banyak bertukar idea dan pandangan dengan saya dalam pelajaran. Malah dia juga merupakan seorang rakan yang menyeronokkan kerana dia selalu membawa saya berjalan-jalan di sekitar Kedah. Kami juga sering ke kuliah bersama-sama.


Saya sertakan beberapa gambar kenangan saya dengan Seha, Wan Hazirah dan rakan-rakan yang lain.













Tumbuhan & Kegunaannya

Hai dan Assalamualaikum semua !

Kali ini saya ingin share dengan anda tentang 5 tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat dan yang penting  mudah untuk ditanam.

1. Bunga Telang


Tumbuhan ini adalah bagus untuk penglihatan mata, sistem penghadaman dan mengurangkan paras gula dalam darah. Cara makannya adalah dengan memakan 3 kumtum bunga setiap hari.


2. Pokok Bismillah


Tumbuhan ini adalah bagus untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Bagus diamalkan oleh pesakit darah tinggi. Cara makannya adalah dengan mengambil 1 helai daun setiap hari direndam dalam air suam. Setelah sejuk diminum air tersebut.


3. Pokok Semambu


Tumbuhan ini adalah bagus untuk. Cara makannya adalah dengan mengambil pucuk daun muda semambu untuk dimakan bersama nasi sebagai ulam. Juga boleh direndam dalam air suam dan apabila sejuk diminum airnya sebagai teh.


4. Bunga Kertas


Tumbuhan ini adalah bagus untuk merawat batuk dan kahak individu. Cara makannya adalah ambil 2 kuntum bunga kertas. Letakkan ia dalam cawan teh yang berisi air suam. Setelah sejuk, air tersebut diminum untuk menghilangkan rasa ketidakselesaan di tekak selain batuk dan kahak.


5. Mulberry


Tumbuhan ini adalah bagus diamalkan sebagai salah satu pemakanan dalam mencegah penyakit kanser. Cara makannya adalah kutip buah mulberry yang bewarna kehitaman dan dimakan begitu sahaja selepas anda membasuhnya. Buah mulberry yang sudah masak ini berasa masam manis seperti buah strawberry. Buah ini mempunyai vitamin B17 yang dipercayai dapat mencegah penyakit kanser sekiranya selalu dimakan dalam kehidupan sehari-hari.



Selamat mencuba!

Jalan-jalan di Pantai Tengah, Langkawi yukk !

Hai dan Assalamualaikum semua !

Pantai Tengah adalah pilihan ke 2 pelancong-pelancong yang datang ke Langkawi selepas Pantai Cenang. Pemandangan di Pantai Tengah sangat cantic di waktu petang. Cuaca yang baik membuatkan jiwa sesiapa yang memandang terpesona.



Berikut adalah gambar-gambar yang ingin saya kongsikan dengan anda :










Wah sedapnya burger !

Hai dan Assalamualaikum semua !

Hari ini, saya nak share pasal makanan di Mentari Restaurant, Frangipani resort. Memandangkan saya kadang-kadang makan di sini, saya berpuas hati dengan kualiti makanannya.

Kali ini saya order chicken burger kid set dan jus epal. Harga kid set burger ini adlah RM20.00 dan jus epal RM15.00. Walaupun saiz burger ini nampak kecil tapi memadai bagi saya. Terasa sangat kenyang dan sedap.


Ini adalah keseluruhan gambar makanan saya.



Homemade roti ini sangatlah lembut dan sedap.




Isi tengah ini sangat sedap apabila dimakan sekali dengan roti.




Inilah antara menu yang sering saya order apabila hendak habiskan voucher makanan saya. Nanti jom makan sini? Hehe

Kawan-kawan dari pelbagai jabatan !

Hai dan Assalamualaikum !

Saya berasa sangat gembira dengan rakan-rakan di tempat kerja yang terdiri dari pelbagai jabatan. Ini merupakan tempat kerja pertama yang saya sayangi.

Ini adalah gambar rakan-rakan maintenance. Maintenance majoritinya lelaki cuma keraninya sahaja yang perempuan. Waktu ini keraninya belum masuk pejabat lagi.



Ini pula adalah gambar rakan housekeeping  yang baik sekali dengan saya. Namanya Kak Han dan dia sudah jadi bini orang. Hehe. Seronok bersembang dengan Kak Hana. Riuh rendah juga.



Ini pula adalah gambar saya dengan rakan-rakan f&b. Saya selalu makan sekali dengan mereka di staff café dan ketawa dengan gurau senda mereka yang merepek dan over! Haha. Bukan itu sahaja, mereka jugalah yang hidangkan makanan pada saya waktu saya makan di Mentari Restaurant. Dah orang bagi voucher makan jadi kenalah guna kan? Hehe




Akhir sekali, ini adalah gambar saya dengan rakan-rakan porter. Selalu saja ada perkara yang dibualkan waktu saya menunggu guests untuk eco-walk. Mereka ini menghiburkan saya dengan lawak jenaka yang kreatif dan pelbagai. 


Eco-walk & Green Practices in Frangipani !


Hai dan Assalamualaikum semua!

Entry kali ini saya nak kongsi pasal aktiviti eco-walk yang saya jalankan. Untuk pengetahuan anda, eco-walk ini adalah satu aktiviti yang dikendalikan oleh pegawai di jabatan alam sekitar di Frangipani Resort. Aktiviti ini dilakukan setiap hari pada 10.30pagi selama 1 jam 30 minit sekiranya mendapat tempahan daripada in house guest, outsider guest dan juga staff.

Ini adalah gambar di lobby hotel dimana saya menerangkan mengenai sejarah resort dan green practices yang kami amalkan kepada guest dan juga staff.



Ini adalah polytank yang kami gunakan untuk menadah air hujan. Digunakan oleh gardeners untuk menyiram pokok pada waktu kemarau dan cuaca biasa.



Ini adalah gambar glass bottle decoration di salah satu bangunan di desa 4 area. Dekat Desa 4 area ni kami recycle 2,000 glass bottle untuk decoration macam ini. Kelebihannya adalah pada waktu siang, guest yang menginap di sini tidak perlu membuka lampu di waktu siang kerana ia memberikan natural light. Menarik bukan?


Ini pula adalah gambar pipe yang akan mengalirkan air dan menyiram pokok white spider lily sekaligus or 2 in 1 apabila guest kami mandi. Ini adalah salah satu green practices yang kami amalkan.



Ini adalah gambar recycle centre dimana kami pisahkan recycleable items seperti kertas, tin dan aluminium, plastic dan kaca. Kami akan menjual mereka pada orang recycle apabila mereka sudah penuh dan mendapat wang. Prinsip kami making the cash from trash.




Akhir sekali, ini adalah gambar wetland kami dimana kami rawat our own waste water that coming from kitchen, guest rooms, public toilets dan lain-lain. We are not discharging them to the sea ! Rata-rata guest dan local authorities yang datang ke sini pasti akan berasa kagum dengan resort ini.


Proses eco-enzyme, jom belajar !

Hai Assalamualaikum semua !

Entry pada kali ini saya nak share pasal proses pembuatan eco-enzyme. Eco-enzyme ini boleh difahami sebagai organic detergent dan organic fertilizer yang menggunakan bahan-bahan seperti kulit buah-buahan yang acidic, gula merah dan air yang secukupnya (air hujan pun boleh digunakan).

Penyediaan :



Sediakan bahan-bahan dan alatan seperti gambar di atas. Bahan-bahannya adalah seperti yang saya nyatakan tadi manakala alatan yang diperlukan adalah container cat kosong, container air,  bekas pengukur gula merah dan air, bekas aiskrim dan kayu ( untuk kacau solution diakhir proses nanti).

Proses :

1. Saya dapatkan kulit buah nenas di kitchen tempat saya bekerja. Staf di dapur akan menyediakan dan meletakkan kulit buah nenas di container cat kosong selepas mereka memotong kulit buah nenas pada waktu tengah hari.

2. Kemudian saya letakkan bahan-bahan dan alatan yang saya kumpulkan setempat di recycle centre memandangkan saya membuat eco-enzyme disini.

3. Setelah semuanya telah ada, jom mulakan proses ! Okey, untuk membuat eco-enzyme ini ada formulanya untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan. Pertama sekali, masukkan 3 cup kulit buah, 1 cup gula merah dan 10 cup air (saya guna air tadahan hujan).



4. Ulangi proses ini sebanyak yang boleh didalam container anda.


5. Kemudian diakhir sekali kacau solution eco-enzyme dengan kayu sebelum anda menutup container eco-enzyme selama 3 bulan.

3 bulan kemudian nanti, anda perlu tapis air tersebut dan letakkan dalam bekas yang sesuai. Air eco-enzyme ini dapat anda gunakan untuk mengemop lantai dan menyiram pokok bunga dan tumbuhan yang ada di halaman rumah anda. Anda dapat melihat bahawa hasil tanaman anda tumbuh subur dan menghijau.


Selamat mencuba!


Friday, 21 July 2017

Butiran diri





NAMA : NURUL AZWANI BINTI AZAHARI

NOMBOR MATRIK : 249320

UMUR : 23 TAHUN

TEMPAT PENGAJIAN : UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN           KEPUJIAN 

SESI : SEMESTER APRIL 2017/2018






















Edit gambar guna Canva

Hi dan Assalamualaikum semua ! Entri kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya mengedit gambar menggunakan Canva.  Untuk meng...